Dari Hati Dan Jari Seorang MsAnonymous....Dedikasi Untuk Mak , Puan Musalmah binti Mohd Yusof & Arwah Abah, Allahyarham Abdul Ghafar bin Haron.. I Love You... Untuk Yang Tersayang.... Jiwa Kacau®... Cinta Awak Sampai Mati..











Hari Ini Dalam Sejarah

Sembang Meroyan



Catatan Meroyan

Kamu...
by MrExpresso


Sebelum datangnya kamu
Diriku ini kosong
Mendambakan tempat untuk
Aku melepaskan rindu

Dan kehadiran mu membuatku
Kembali menjadi aku yg dulu
Saat berganti hari berlalu
Bunga cinta berputik dihatiku

Layanan mesramu buatku riang
Riak wajahmu membuatkan ku tenang
Rasa nyaman, selesa didakapan kasih mu

Namun apa daya aku disini
Mengharap kasih kamu yg dimiliki
Walaupun jauh dilubuk hati
Debunga cinta masih bersisa lagi

Ku tahu kamu ikhlas
Memberi harapan dan impian
Untukku meneruskan perjalanan
Mencari seseorang?lt;/i>


Kawan
by MsAnonymous


Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang....

Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit....

Kata atuk,
KAWAN tu seperti air
Terus mengalir....

Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
Dipuja dan disanjung
Tapi nun jauh di sana....

Kata sedara,
KAWAN tu macam makanan,
KAWAN makan KAWAN!!!!

Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
Mengikut saje apa dikata....

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
Bau je busuk tapi sedap dimakan....

Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia
IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!!
Dia tetap KAWAN..
Tau tak sebab ape??
Sekali aku dah kawan ngan dia
Selamanye dia tetap kawan aku....


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Wednesday, October 07, 2009
RENUNGAN.. JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

Posted at 02:29 am by smartlady
Meh Komen  

Tuesday, October 06, 2009
Muhammad Rayyan Zulkarnaen

Semalam satu hari Rayyan meragam.. mulanya sebab abah dia tak balik. Kelmarin hubby pegi kerja, memang aku perasan Rayyan taknak renggang dengan abah dia. Asyik pandang pintu aje.. huhu.. nak ikut la tu.. Lepas tu hubby cakap kat dia, takpe, malam kang abah balik ok?

Tup tup, malam tu hubby call dalam pukul 1 pagi, baru sampai rumah (Puchong).. Aku kesian pulak kat dia.. balik umah sana nak amik baju sekolah budak2 bawak balik Rawang, esok subuh2 dah kena hantar dorang gi sekolah kat Puchong. Letih gile.. so aku cakap kat hubby, tak payah balik la.. hubby pun on aje..

Tetiba malam tu Rayyan menangis, bila dah nangis asyik nak menetek aje la pulak. Rupanya dia menunggu abah dia balik. Sapa soh janji.. huhu.. Paginya tu aku call hubby, buat loud speaker, bila dah dgr suara abah baru la dia diam.. letih you!

Ingatkan dah selamat dah.. Bila mak aku nak balik Perak jenguk opah aku sakit, sekali lagi Rayyan buat ragam.. Nak ikut! huhu.. Abang aku offer aku pegi sekali, aku takmo.. leceh le pegi hospital bawak baby.. Rupanya Rayyan dah jeling2 abang aku time tu, nak ngikut le tu.. bila aku angkat dia nak mandi.. melalak lagi sekali.. hoh!

Mak aku pegang, dia diam.. aku amik dia melalak.. Lepas tu mak aku cakap kat dia.. Ok la.. Rayyan ikut opah laa.. dia slow nangis, terus aku bawak gi mandi.. Habis mandi, semua dah keluar.. dia tengok takde orang, melalak terus.. adoyai.. sampai ke petang menangis aje keje..

Mak aku balik dekat maghrib tu, dia still lagi menangis.. Bila mak aku ambik dia, peluk.. terus diam..huhu.. menangis sebab kena tinggal rupanya.. adehh.. bijaknye anak umi ni..

Tapi kesian tgk dia, lepas nangis tu.. bila dia terlena kejap, kesian sungguh aku tengoknye.. Bila renung tenung, comel sungguh anak aku ni.. hak hak

 


lenanya dia tido...

Posted at 03:07 am by smartlady
Meh Komen  

Saturday, October 03, 2009
Baby Raya IG Contest

Muhammad Rayyan Zulkarnaen bin Jefri
Peserta Baby Raya IG Contest anjuran InfoGossip.com

Nama Baby: Muhammad Rayyan Zulkarnaen
Nama Umi : Nina
Nama Abah : Jeff
Umur: 24 hari (pada waktu posting ini ditype)
Tarikh lahir: 09 September 2009
Waktu lahir : 2350hrs
Berat masa lahir : 4.05kg
Tempat lahir : Hospital Kuala Lumpur
Blog Umi :
Marilah Meroyan

Rayyan ni tak cerewet pasal baju. Apa saja umi sarungkan.. terima aje (nak bantah tak reti lagi.. huhu) Oleh kerana lahir 10 hari sebelum Raya, baju raya memang tak sempat nak sediakan. Jadi, apa saje baju yang baru, di kira baju raya.. Nasib baik la, kalau ikut selera umi masa pregnant dulu, habis la Rayyan beraya dengan baju kurung sebab masa scan doktor kata baby girl. Time umi shopping baju raya abang-abang, dah tergerak hati nak beli tapi abah kata sabar dulu.. huhu

Hari raya pertama, pakai baju ni aje...

 
Baju ni abang Ngah yang belikan..

 
Abah entreframe.. huk huk

Hari raya kedua, balik Sekinchan jumpa Tok, pakai baju ni pulak

Macam baju pompuan aje.. abah la beli ni

Dah masuk raya ke berapa tah ni, baru la ada baju melayu.. Nasib baik opah rajin nak jahit.. Opah sian kat Rayyan takde baju raya. Ada 2 baju raya opah buat, satu warna hijau, satu warna biru. Tapi umi bagi pakai warna hijau aje dulu..Kopiah aje takde, tak de size umi kata.. Sian Rayyan.. Bila dah pakai, rasa dewasa pulak. Terus taknak menetek.. Apa keles pakai baju melayu, isap susu.. tak macho lah.. huhu


Huh.. terasa diri ini Mawee pulak dah botak ni


Ops.. sendawa pulak

Oleh sebab umi masih dalam pantang, Rayyan tak banyak la beraya umah sana sini, tapi best sebab tetap dapat banyak duit raya.. Abang-abang jeles aje tengok Rayyan dah ada buku bank Yippie..

 

 

Auntie-auntie ngan uncle-uncle,sila la bagi duit raya ye.. huhu

Posted at 09:14 am by smartlady
Meh Komen  

Monday, September 14, 2009
My baby! My son.. Rayyan Zulkarnaen

Lama betul blog ni bersawang.. hiks.. Hampir saje aku lupa kewujudannya..

Tahun ni paling bermakna dalam hidup aku sebab cahaya mata pertama aku dan hubby selamat dilahirkan pada 9 September 2009.. Aku orang terakhir yang masuk bilik bedah malam tu.. tepat jam 1150 malam, segala kesakitan yang aku alami hilang bila kali pertama aku dengar tangisan atau lebih tepat jeritan anak aku.

Pagi 9 September lepas sahur, aku dah rasa sakit.. tak dapat nak gambar macam mana sakitnya.. Rasa macam nak pecah perut, tapi air ketuban tak pecah. Hubby terus bawak aku ke GH. Lama betul menunggu, sampai sakit pun hilang.

Masa doktor nak check bukaan rahim, rasa nak tendang aje. Nasib baik doktor perempuan. Teringat aku baca kat forum CARI, doktor tangan berbulu menyeluk.. haha.. Memang sakit, gile lah.. Lepas tu, doktor kata aku boleh balik dulu sebab baru buka 2cm.. tapi tetiba aku rasa basah..

Sebelum balik, ada doktor india tegur aku.. "Perut you besarlah.. Pegi scan tengok.."
Naik tingkat 1, scan dengan doktor cina.. Terus dia suruh aku masuk wad.. berderau darah aku. huhu.. Sebab air ketuban dah kurang.. agaknye sebab kena seluk tu kot.. ceh sungguh..

Aku nak mintak bersalin normal tapi oleh sebab baby besar, kena operate. Memang besar sungguh.. 4.05kg lagi.. Muka kembang semangkuk.. hak hak.. Glamer dia satu wad.. Nurse lalu lalang mesti tegur, "baby semangat.. bangun.." huhu..

Photobucket
hari kedua...

 

Macam macam nama keluar.. Mak yang mula mula letak nama Zulkarnaen sempena lahir 090909.. konon nak panggil NINE.. ahaks.. Hubby tak suka, dia kata tu nama dulu.. sabo aje.. Lepas tu Ya kata nak letak Ramadhan Zulkarnaen sebab lahir masa Ramadhan.. lagi la hubby tak suka.. "Apa pulak letak nama bulan.. letak nama orang la.." hahaha

Lastnya.. sepakatlah pilih nama Muhammad Rayyan Zulkarnaen..

Aku taktau dah nak tulis apa.. Apa yang aku tau, hari hari aku mendatang bakal berubah..dan semestinya semakin ceria dengan kehadiran Rayyan dalam hidup aku dan hubby

Posted at 09:42 am by smartlady
Meh Komen  

Friday, October 17, 2008
Sehati Berdansa 2nd Season

 

Sehati berdansa musim kedua muncul lagi.. tahun lepas fave aku dah tentu la Vanida Imran dan Atilia. Memang vass.. hiks

Aku actually tak tau yang rancangan ni dah nak mula new season.. tapi ari tu aku call Eida (Eriena) tanya khabar.... dia la bagitau aku.. ekeke..  


Eida & Abang Jamal

Tatau le camne depa orang menari nanti.. huhu... Makin berisi badan Eida sejak bersalin tahun lepas... Tapi tak mustahil ye tak? As Feminin tahun lepas selamba aje , kan kan kan..

Apapun aku wish all the best kat Eida & Abang Jamal... InsyaAllah aku akan datang menyebok kat Astro kasi sokongan.. hiks

SEHATIIII BERRDANNNSSAA!!! ekekeek

Posted at 10:22 pm by smartlady
Meh Komen  

Thursday, October 16, 2008
Sangap...

Hari ni takde apa aktiviti sangat... malam tadi tido lewat... sebabnya tunggu hubby tak balik2.... aku dah terbiasa kalu hubby tak sampai rumah lagi, memang susah nak tido...

Pukul 12 dia call.. kata lambat sket sebab ada roadblock.. ekekekek.. kereta hubby dah habis road taxnye... tah bila nak renew tah.. ekekeke..  aku pun faham la bulan ni semput sket sebab hubby baru start keje then kitorang pun nak pindah dekat sket.. banyak gile nak guna duit...

Hubby cakap dia lepak kat kedai mamak kat Rawang... ok lah.. aku pun tunggu la lagi.. 12:30 aku call lagi, dia terus suruh aku datang teman dia minum.. ceh.. huhu.. ok la jugak, boleh la aku ushar2 tengok ada road block ke idak...

Lepak sana sampai pukul 1 lebih.. aku pun tak berapa ingat sebab kepala memang dah sakit sebab tak tido.. huhu.... balik aku terus pecut, tinggal hubby sorang2 kat belakang... ekekke.. sorry la sayang, saya ngantok.. hiks..

Ingatkan lepas dia mandi, leh la aku nak tido... tapi dia soh aku tolong dia cari resepi Christmas pudding lak kat internet.. adoii... cari 10 recipes , print...... pukul 3 lebih baru siap... aku dah tak tahan.. aku cakap kat dia, "Kalu saya tak terjaga pagi ni jangan marah..."
Dia leh jawab... "Tugas awak kejut saya je... jangan derhaka.." uwaaa.. mencik mencikk..... terus aku landing, dia dok sebuk lagi buat hape ntah.. Lantak la.. dah ngantuk sangat

Aku terjaga pukul 5 lebih rasanya.. tengok dia dah mengadap komputer lak.. cam mimpi aje aku tengok wallpaper komputer aku dah bertukar gambar aku penuh skrin.. ekekekeke.. ampeh tau hubby!

Last last.... aku terkejut tengok jam dah pukul 9 pagi... haaa.. amik kau! ahaks.. kelam kabut aku kejut hubby, aku pulak cuci muka, terus gi dapur siapkan makanan dia nak bawak bekal.... adei.. kepala aku pening giler..

Aku cakap kat hubby... tolong la lain kali jangan wat gini... aku sakit kepala tak cukup tido... hubby tengok aku, muka kesian aje... hikss.. dia kata, lepas ni awak sambung la tido

Dan akibatnya... lepas aje hubby gi keje.. aku terus membuta.. wakakakaa... tengah ari aku bangun, mandi, masuk forum kejap... pehtu sambung tido balik... giler la sakit kepala.. tuhan aje tahu

Malam ni aku nak tido awal.. tak peduli!



 

Posted at 10:41 pm by smartlady
Meh Komen  

I'm Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scat

Well I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I've been saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours

There's no need to complicate
Cause our time is short
This is our fate, I'm yours

Posted at 10:34 pm by smartlady
Meh Komen  

Wednesday, October 08, 2008
Raya Mood

Dah seminggu dah raya.. eheks.. lama gak aku biarkan blog ni bersawang.. kena sound sedas dek wak lampir tu ari komplen blog aku tak berupdate.. terus aku merajinkan diri update walopun malas sebenornye.. ekeke..



Kad raya aku buat sundiri.. hasil pose gatal kat umah Wak Lampir tu ari.. huhuk

Raya tahun nih kureng meriah walopun tahun pertama aku beraya ngan Hubby... manyak masalah timbul actually.. Hubby kena keje sampai petang sebelum raya.. pehtu kena masuk keje balik raya ketiga.. aje gila..

Raya pertama aku beraya kat Rawang... malam raya kedua baru la balik Sekinchan.. Pukul 2 pagi baru bertolak.. huhu.. Sabo aje lah..

Macam biasa,aku ngan hubby posing sakan time beraya.. hak hak.. sikit2 pose amik gambar.. jalan 2-3 tapak sket amik gambar dua duaan.. ahaks.. (gambar Raya tengok kat sini)

Posted at 02:40 pm by smartlady
Meh Komen  

Next Page